Sentuhan Lembut
Untuk Pemulihan & Keanggunan Diri
PENJAGAAN IBU BERPANTANG | SPA KECANTIKAN
Sentuhan Lembut
Untuk Pemulihan & Keanggunan Diri
PENJAGAAN IBU BERPANTANG | SPA KECANTIKAN
PERKHIDMATAN KAMI
Pilih Perkhidmatan
Yang Sesuai Untuk Anda
Penjagaan Ibu Berpantang
Rawatan pemulihan selepas bersalin berasaskan kombinasi tradisi dan moden, mengembalikan tenaga, keyakinan serta ketenangan buat ibu.
Spa Kecantikan Wanita
Sentuhan lembut dan rawatan menyeluruh untuk memulihkan keseimbangan tubuh serta menyerlahkan kecantikan wanita dari dalam.
Di Pusat Hanana Spa
Rasai pengalaman spa eksklusif di pusat rawatan kami yang terletak di Melaka. Suasana tenang, selesa dan penuh privasi untuk rehat minda dan tubuh anda.
Spa ke Rumah
Nikmati rawatan spa profesional di rumah anda dengan sentuhan terapis berpengalaman, khas untuk pelanggan di sekitar kawasan Melaka.
Urutan Pemulihan Ibu
Melegakan badan, melancarkan darah dan mempercepatkan pemulihan selepas bersalin.
Bertungku & Berbengkung Tradisional
Mengecilkan rahim, membuang angin dan mengembalikan bentuk badan.
Mandian Herba & Sauna Daun
Menyegarkan tubuh, menghilangkan bau badan dan detoksifikasi semula jadi.
Rawatan Tangas & Penjagaan Dalaman
Menyihatkan bahagian intim wanita dan membantu keseimbangan hormon.
Rawatan Bayi
Mandian, tuam dan urutan ringan membantu tidur dan penghadaman bayi.
Pemakanan & Minuman Berkhasiat
Menu seimbang membantu tenaga, susu badan dan pemulihan rahim.
Urutan Terapi Badan
Mengurangkan tekanan otot, memperbaiki aliran darah dan memberi ketenangan.
Facial & Rawatan Wajah
Membersih, melembap dan menegangkan kulit untuk seri semula jadi.
Skrub Badan
Menanggalkan sel mati dan mencerahkan kulit agar lebih lembut dan licin.
Mandian Aura Seri
Mengembalikan keyakinan dan aura positif melalui herba dan bunga terpilih.
Sauna Herba
Melancarkan peredaran darah, mengeluarkan toksin dan menyegarkan seluruh tubuh.
Tangas kering
Membantu memulihkan bahagian intim wanita dengan herba tradisional
Sentuhan Berbeza Dari Hanana
Gabungan Tradisi
& Moden
Rawatan tradisional diperkaya teknik moden untuk hasil semula jadi dan selamat.
Terapis Bertauliah & Berpengalaman
Setiap sentuhan dilakukan dengan kepakaran, kelembutan dan penuh perhatian.
Produk Herba Asli & Selamat
Hanya herba terpilih digunakan, bebas bahan kimia dan sesuai untuk semua wanita.
Pengalaman Peribadi & Penuh Kasih
Rawatan disesuaikan mengikut keperluan anda, dalam suasana tenang dan menenangkan.
Hana Confinement & Beauty Spa menyediakan perkhidmatan penjagaan ibu berpantang dan terapi kecantikan yang berpusat di Melaka. Kami berfokus untuk membantu ibu melalui fasa pemulihan selepas bersalin dengan kaedah tradisional yang disesuaikan dengan pendekatan moden.
Selain rawatan berpantang, kami juga menyediakan perkhidmatan urutan yang berkonsepkan gabungan tradisional dan moden, penjagaan kesihatan wanita, dan kecantikan bagi memastikan setiap pelanggan merasai pengalaman pemulihan holistik — fizikal, emosi, dan spiritual.
pakej harga
Pakej Penjagaan Ibu Berpantang
Comfort Care
bermula
RM420 /sesi
Rawatan asas untuk pemulihan ibu. Termasuk urutan berpantang, bertungku, berbengkung dan mandian herba.
Rawatan Harian
- Urutan pantang
- Urutan kepala
- Urutan lancar susu
- Bertungku perut
- Pemakaian bengkung
Param – Pilis – Tapel
Rawatan Bayi (Percuma)
- Mandi
- Tuam / Tungku
- Cuci pusat
Rawatan Berjadual
Lulur / Skrub badan (untuk pakej 14 hari ke atas sahaja)
POPULAR
Signature Care
bermula
RM950 /sesi
Rawatan lengkap dengan sentuhan moden dan tradisi.
Termasuk urutan, mandian herba, param-pilis, serta penjagaan bayi percuma.
Rawatan Harian
- Urutan pantang
- Urutan kepala
- Urutan lancar susu
- Bertungku seluruh badan
- Param – Pilis – Tapel
- Pemakaian bengkung
- Mandian herba
Rawatan Bayi (Percuma)
- Mandi
- Tuam / Tungku
- Cuci pusat
- Urutan badan (Relaxing)
Rawatan Berjadual
- Lulur / Skrub badan
- Sauna
- Tangas kering
- Urutan muka
Exclusive Care
bermula
RM1220 /sesi
Rawatan mewah untuk pemulihan menyeluruh.
Merangkumi rawatan ibu & bayi, makanan pantang, sauna, serta milkbooster herba.
Rawatan Harian
- Urutan pantang
- Urutan kepala
- Urutan lancar susu
- Bertungku seluruh badan
- Param – Pilis – Tapel
- Pemakaian bengkung
- Mandian herba
- Minuman organic milkbooster
Makanan Pantang
- 2 kali hidangan
- Lauk (protein)
- Sayur – sayuran (serat)
- Dimasak segar & dibungkus
Rawatan Bayi (Percuma)
- Mandi
- Tuam / Tungku
- Cuci pusat
- Urutan badan (Relaxing)
Rawatan Berjadual
- Lulur / Skrub badan
- Sauna
- Tangas kering
- Urutan muka
pakej harga
Pakej Rawatan Kecantikan
Rawatan Wajah
bermula
RM499 /6 sesi
Rawatan wajah intensif bagi menyerikan kulit dan memberi kesegaran semula jadi.
Rawatan wajah intensif bagi menyerikan kulit dan memberi kesegaran semula jadi.
Termasuk: 6× Normal Facial + Percuma 2× High Frequency Therapy.
Tempoh: 1 jam 30 min – 2 jam / sesi
Harga: RM529 (Mobile) / RM499 (Centre)
POPULAR
Pakej Ratu @ HCBS
bermula
RM950 /sesi
Rawatan penuh dari kepala hingga kaki untuk memanjakan diri dan menyegarkan tubuh.
Termasuk: Urutan, skrub/lulur, sauna herba, facial, totok wajah & mandian aura seri.
Tempoh: 4–5 jam
Harga: RM330 (Mobile) / RM300 (Centre)
Urutan Badan
bermula
RM699 /6 sesi
Rawatan urutan menyeluruh untuk melegakan otot, buang angin dan tenangkan minda.
Termasuk: 6× Urutan Seluruh Badan + Percuma 3× Urutan Muka.
Tempoh: 1 jam 30 min – 2 jam / sesi
Harga: RM729 (Mobile) / RM699 (Centre)
Soalan Lazim
Panduan Pemulihan & Kecantikan Anda
Apakah jenis rawatan berpantang yang disediakan?
Kami menyediakan rawatan pemulihan ibu dan bayi yang merangkumi urutan, bertungku, mandian herba, serta penjagaan dalaman wanita.
Adakah rawatan disediakan di rumah atau di pusat spa?
Ya, kedua-duanya tersedia. Anda boleh memilih rawatan di pusat Hana Spa atau servis bergerak ke rumah.
Perlu ke saya buat bayaran pendahuluan untuk tempahan?
Ya, deposit diperlukan bagi mengesahkan tempahan rawatan atau slot pilihan anda.
Berapa lama tempoh rawatan bagi setiap sesi?
Tempoh rawatan biasanya antara 1½ jam hingga 4 jam, bergantung pada jenis rawatan yang dipilih.
Siapa yang akan melakukan rawatan?
Rawatan dijalankan oleh terapis wanita bertauliah dan berpengalaman dalam penjagaan berpantang serta kecantikan wanita.
Adakah produk yang digunakan selamat untuk ibu dan bayi?
Ya, kami hanya menggunakan bahan herba semula jadi yang bebas bahan kimia dan selamat digunakan.
Bila waktu sesuai untuk mula rawatan selepas bersalin?
Disarankan rawatan dimulakan seawal hari kedua selepas bersalin, bergantung pada keadaan kesihatan ibu.
Adakah rawatan bayi termasuk dalam perkhidmatan?
Ya, termasuk mandian, tuam atau tungku, cuci pusat, dan urutan ringan untuk bayi.
Bolehkah saya pilih rawatan mengikut keselesaan sendiri?
Boleh. Rawatan boleh disesuaikan mengikut keperluan, kesihatan dan jadual pelanggan.
Bagaimana cara untuk membuat tempahan?
Tempahan boleh dibuat melalui panggilan atau WhatsApp ke 014-665 2080, atau mesej terus di media sosial @hanaconfinementbeautyspa.
Luangkan Masa Untuk Diri Anda Bersama Hanana
Manjakan diri dengan pengalaman spa eksklusif — di pusat Hana Spa atau di rumah anda sendiri.






